Tuesday, October 12, 2010

Sambungan ASB-Loan-Pro & Kontra



Ok. Mungkin anda tidak dapat melihat dengan jelas repayment table yang saya attached pada post yang lepas. So, kali ni saya dah perbesarkan dengan fokus saya pada pinjaman dari RM10,000-RM100,000 bagi tempoh dari 5 tahun hingga 15 tahun.

As you can see, quite effective.

Pinjaman RM50,000 untuk 5 tahun, bayaran bulanan adalah setinggi RM937. fikirkan lagi, RM937 x 60 bermakna anda membayar sejumlah RM56,220 untuk pinjaman tersebut. Ya. Anda memang bayar sedikit sahaja untuk bunga pinjaman tersebut. Tapi mampukah anda bertahan dengan bayaran setinggi RM900++ setiap bulan?

Easy-RHB pada masa yag sama menawarkan bayaran bulanan serendah RM450 untuk 5 tahun pertama bagi pinjaman RM100,000. Apa yang tersembunyi disebalik kenyataan ini ialah kita boleh menggunakan pinjaman dari Easy-RHB ini untuk hanya mengumpul dividen tinggi pada bayaran rendah.

OK!! Anda mungkin tak faham dengan apa yang saya katakan.. Jadi lebih mudah jika saya tunjukkan dengan perkiraan di bawah.



1st option:
keuntungan kasar :
-Tahun pertama : 50,000 x 8% = 4,000
-Tahun kedua : 54,000 x 8% = 4,320
-Tahun ketiga : 58,320 x 8% = 4,665.6
-Tahun keempat : 62,985.6 x 8% = 5,038.85
-Tahun kelima : 68,024.45 x 8% = 5,441.96
Jumlah dividen terkumpul : 23,466.31 dicampur dengan pinjaman asal 50,000
=73,466.31
Jika ditolak dengan jumlah yang telah kita bayar : 937 x 60 = 56,220
untung bersih yang kita dapat ialah : 73,466.31 - 56,220 = 17,246.31##




2nd option : to be continued..


jangan buat keputusan dulu!! tunggu hingga anda lihat semua pilihan yang bakal saya tunjukkan..lebih banyak pilihan menarik menanti anda..

Tuesday, October 5, 2010

Perbandingan ASB-Loan antara bank-Pro & Kontra



Di sini saya sertakan jadual pembayaran pinjaman asb bagi easy by RHB. Jika anda lihat di sini, pembayaran balik pinjaman terbahagi kepaada dua bahagian-5 tahun pertama & tahun-tahun berikutnya-yang mana pada 5 tahun pertama, anda hanya perlu membayar bunga pinjaman sahaja duhulu.

Mungkin anda akan terfikir anda akan rugi jika anda mahu menjual balik pada pertengahan tempoh kerana anda tiada membayar sebarang pokok pada 5 tahun pertama. Tetapi fikir sekali lagi. Cuba anda perhatikan jadual pembayaran di bawah ini pula..


Cuba lihat pada pinjaman sebanyak RM50,000 untuk lima tahun. bayaran bulanan mencecah RM900++. Pada masa yang sama, jika anda lihat pada jadual pembayaran Easy-RHB, bayaran lima tahun pertama cuma RM450 SAHAJA..

Saya akan terangkan dengan lebih lanjut apa yang akan membuatkan anda untung lebih dengan perbezaan ini pada 'episod' yang akan datang..

Stay tuned..=)

Thursday, September 30, 2010

Pernah terfikir apa akan berlaku pada hari tua anda?

Dengan keadaan hidup anda sekarang, anda rasa anda akan hidup senang apabila tua nanti?

Kita selalu fikir dengan kerja bergaji 3-4 ribu sebulan kita akan mampu sekurang-kurangnya hidup senang..

Tapi pernahkah kita terfikir andai sesuatu yang tak terduga terjadi..Apa akan berlaku pada anda?

Kemalangan..

Simpanan tak cukup..

Hutang tak pernah habis walau bertahun membayar ansuran..

Pernah terfikir jika anda meninggal dunia pada keadaan itu dan meninggalkan isteri/anak/keluarga dengan yang beban yang anda sendiri pun tak tertanggung?

THEN START THINK ABOUT IT NOW!!!

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu yang MENGUBAH NASIB MERAKA SENDIRI"

Tak perlu fikir terlalu jauh..semuanya sebenarnya ada di depan mata anda..Kita cuma perlu SEDAR..

Di sini, Malaysia, apa yang sebenarnya membezakan 'kita' dengan bangsa lain sebenarnya ialah tahap kesedaran kita..

1) Mengapa orang cina nampak susah tapi bila mereka mati, anak-anak mereka ramai yang hidup senang?

2)Mengapa mereka yang kaya terus kaya dan yang miskin terus kekal miskin?

3)Mengapa perlu anda sekarang berfikir "Ah! Itu dah memang nasib diorang!"

4)Atau "Alah..orang kita pemikiran masih jumud..mane nak maju macam diorang.."


Pada persoalan sebegini, adakah anda rasa anda cukup sedar dengan keadaan semasa kini?

Jika anda terasa marah, bingung, atau tidak puas hati dengan apa yang saya katakan ini, jawapannya adalah TIDAK!!